Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Bismillah...

tahun ni turn raya di Terengganu... takde ketupat. Selalunya ada nasi himpit je, kalau takde, belasah jelah. Raya ke-2 dah balik Johor... bolehlah belasah ketupat banyak-banyak.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada mak, abah, adik beradik, sepupu sepapat, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, pelanggan Aishoppe, pelawat blog-blog aku yang banyak tu... semoga Aidilfitri kali ini memberi makna buat anda semua.

Esok lepas subuh dah nak berangkat. Doakan kami selamat sampai lepas 7 jam perjalanan ye. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Salam Ramadhan Al-Kareem

Bismillah...

baru hari ni berkesempatan nak update blog. Masa begitu mencemburui aku. Diam tak diam, lagi 6 hari je nak raya. Alhamdulillah, dalam sarat-sarat ni, dapat aku berpuasa penuh lagi untuk tahun ni.

Seminggu sebelum puasa hari tu, kami dah pindah KL. Duduk rumah long dekat 2 minggu sebab barang tak sampai lagi. Bila dah sampai hari Jumaat minggu pertama puasa, terus gegas balik kampung simpang sebab nak berbuka dengan mak abah. Dapatlah aku makan nasi ambeng dan kuih kaswi fresh.

Kemas-kemas rumah, sampai la ni tak siap-siap lagi. Dekat sebulan dok rumah ni, tapi macam kejap je. Jumaat ni dah nak balik kampung. Tahun ni turn raya Terengganu. Raya ke2 baru balik Simpang. Mujur baju raya kami sekeluarga dah settle sebelum pindah hari tu. Tinggal nak beli t-shirt raya je untuk budak-budak ni. Untuk baby baru pun dah nak 80% siap. GL je tak mintak lagi.

Untuk raya ni, aku tak sempat nak order kuih raya sebab sibuk pindah randah. Makanya, dah takde orang nak ambil tempahan lagi. Dan terpaksalah aku buat sendiri. Semalam dapatlah aku buat choco chip spotties 4 balang untuk di agihkan.

Oklah, masa begitu mencemburui aku. Nak menjahit sikit, nak kemas rumah sikit, nak sorting baju2 sikit... isk2... plan nak buat tart nenas esok. InsyaAllah, kena buat jugak sebab jem nenas dah buat semalam. Manih leting orang tranung kate. hehe.

Friday, July 22, 2011

Pindah ke KL

2006... sedih nak tinggalkan KL


Mak abah pun hantar... sedih


Dah tiba Kuching... jalan-jalan di Main Bazaar.


Bismillah...

5 tahun 2 bulan yang lalu, aku bermimpi yang kami sekeluarga akan berpindah ke Cawangan Muar. Siangnya aku berfikir, jika mimpi pindah dekat-dekat, maknanya akan kena pindah jauh. Aku bukannya taksub kepada mimpi-mimpi ni tapi mimpi yang satu ni buat aku berfikir seketika. Masa ni tak tau lagi yang abang akan mintak pindah. Esoknya, abang telefon dari ofis. "Yang, kita kena pindah Kuching!"... "Apa??!!"... Kuching adalah pilihan ketiga abang selain dari Kuala Terengganu atau Kuantan. Balik kampung atau tengah-tengahlahkan. Dah bosan duduk KL. Nak juga rasa tempat lain.

Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah, tak nak tinggalkan tempat best (bestlah masa tu), tak nak tinggalkan rutin biasa tiap-tiap bulan dapat balik kampung. Arrrghhh... sungguh sukar waktu tu. Tapi aku kena ikut juga abang pindah ke KUCHING! tempat yang aku tak ambil tahu pun masa tu, even aku ingat cuaca kat sana sejuk sikit berbanding semenanjung! teruk betul. Tapi mujur dapat di kawasan bandar, bukan di celah-celah pedalaman. Kalau pedalaman, memang meraung jugalah tak nak pindah.

Kini setelah 5 tahun 3 bulan di sini, tiba giliran kami untuk pindah balik ke semenanjung. Abang yang agak tidak selesa tiap kali pulang ke kampung yang memperuntukkan paling kurang RM2-3k sekali balik. Mana nak beli tiket kapal terbang dan perbelanjaan kami tiap kali balik kampung, memang memeritkan sebab kedudukan tempat yang jauh-jauh. Kampung aku di Johor, dia di Terengganu. Bila masa nak menyimpankan. Lagipun, jika berlaku kecemasan keluarga, memang perit nak sediakan duit tiket yang mendesak begini. Maka, abang mengambil langkah selamat iaitu memohon untuk pulang semula ke Malaya.

Sebulan sebelum pindah, aku dapat telefon dari abang, "Yang, kita dpt transfer". Aku masa tu kelam kelibut antara dengar tak dengar je abang cakap dan aku sedang menantikan abang transfer duit kat aku. Katanya minggu depan, tapi kenapa call cakap dah transfer. Hahaha. Lepas tu aku cakap, "aik, cepatnya, kata masuk minggu depan". Pastu abang bagitau lagi, "kita kena transfer ke KL lah"... Apaaa??!! Oh tidak! KL, kolumpo, kota sesak tu lagi??!! Aku kalau boleh tak nak ke KL lagi. Biarlah di pinggir-pinggir ibu kota itu. Jangkanya ke JB, tapi tak dapat. Dapat ke KL pulak. Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah. Tak nak pindah bukan tak nak balik semenanjung, tapi tak nak pindah KL. Mood excited takde! kalau pindah balik ke Johor atau Terengganu tu, mesti aku yang terlebih excited. Abang sepatutnya kena lapor diri pada 1 Julai, tapi mintak tangguh sebulan. Tak excited campur kena uruskan banyak benda di sini. Minggu pertama lepas dapat tau kena pindah je, rumah kami dan sekolah Aidi dah settle diuruskan. Kalau excited, 1 Julai lagi dah ada di KL. Tapi 1 Ogos barulah kami ada di KL.

Hari ni, 21 Julai 2011, aku menulis di Riverside Majestic Hotel sedang menikmati keindahan Kuching, bandar aman, bandar bersih, bandar tiada jem, bandar tiada kesesakan apa-apa, bandar yang kampung, bandar yang best, bandar tempat tumpahnya darahku ketika bersalin Najlaa & Sara dulu, bandar yang aku akan kenang selamanya. Bagi aku, rumah ketiga selepas Johor dan Terengganu (dua-dua tempat ni pun dah mula sesak sekarang ni). Tapi dah tak boleh pulang semula ke sini. Tiada apa lagi yang tinggal di sini. Hanya kesan tinggalan ingatan sahaja yang tak boleh dilupakan. Aku sayang Kuching.


Esok, 23 Julai 2011, aku akan terima hadiah hari lahir ke-30 pada tahun ini iaitu perpindahan balik ke semenanjung. Terbang pulanglah kami selamanya. Akan aku merindui Kuching selamanya. Selamat tinggal Kuching.

Tuesday, June 28, 2011

Fahami Peristiwa Isra' Mikraj pada bulan Rejab ini

Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..







Sunday, June 12, 2011

Akhirnya...

Kuala Lumpur

Bismillah...

akhirnya... dapat juga pindah balik ke semenanjung setelah 5 tahun lebih bermastautin di Kuching ni. Gembira, sedih, excited - mix feeling sekarang ni. Asalnya abang mintak tukar suka sama suka dengan kawan dia di Johor Bahru tapi memandangkan kawannya baru 2 tahun lebih, so tak cukup lama untuk mintak tukar. Maka ke Jalan Dutalah dia. Effective report duty ke KL pada 1 Julai ni, tapi banyak sangat benda nak settle kat sini, mungkin extend sebulan kot i.e. ujung bulan Julai ni baru pindah kot. Tak decide lagi.

So sekarang ni tengah sibuklah mencari-cari rumah sekitar Kajang, yang tepat sekali Kajang Perdanalah sebab abg long duduk sana. Duduk dekat sikit dengan adik beradik ni best sikit. Susah senang, boleh tolong.

Rasa-rasanya, kena buat checklist dululah:
  1. Buat surat pertukaran sekolah Aidi. -DONE
  2. Cari rumah dan sekolah Aidi. Dekat lagi bagus. - DONE
  3. Jahit baju raya budak-budak ni. - DONE
  4. Kemas kini hutang piutang (kalau ada) dengan supplier.
  5. Serah urusan bisnes produk SWK kat kawan kat sini (branchlah kengkonon... hehe). - DONE
  6. Sorting barang-barang makanan (rasanya byk yg expired ni... mmm) - DONE
  7. Sorting barang-barang pakaian (atau angkut semua?) - DONE
  8. Sorting barang-barang lain (tak taulah apa dia) - DONE
  9. Beli barang-barang yang orang kampung kirim (ongkosnya jangan lupa ya) - DONE
  10. Buat makan-makan. - DONE
Setakat ni dululah. Kalau ingat, nanti sambung terus.

Tuesday, May 24, 2011

Laksa Johor

Bismillah,

atas permintaan ex-classmate di sek men dulu (kini dia di JB), saya memulakan pencarian resepi laksa johor yang sedap ni. Katanya, banyak resepi orang letak tapi tak sure yang mana sedap. So saya memang dah lama tak makan laksa ni, duduk pulak kat negeri orang, confirm takde orang buat kat sini. Maka, berhasillah saya buat dan makan laksa johor di bumi kuching ni dari makan tengahari sampai ke makan malam esoknya. Hahaha... Memang feel macam ada kat Johor je. hehe. Ha, layan gambar dan resepi ni ye.


Laksa Johor.. betul2 hao liaooo... hahah. siap kluar piuk lagi, tak nyempat2. cukup korum kot sayur2 tu. ada org letak nenas eh?
Dari spageti, sayur sayan (kacang panjang, daun kesum, lada hidup, bawang beso, timun, taugeh) kuah sepiuk dan sambal belacan)


Pinggan ke-3... sangat sedap. terima kasih puan empunya resepi.





Laksa Johor Ori ( freeda_3210 MyR)

Bahan-bahan (12-15 orang) {sy buat separuh}
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari

**Bahan C**
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) {ni kobis jeruk, sy tak letak}
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji

Cara-cara
1.rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar
dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
2.**Penyediaan kuah**
3.Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
4.Bila garing, masukkan bahan C pulak iaitu rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
5.masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6.masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air {yg ni agak2 je nk byk mana} dan
7.masukkan asam keping
8.tambah garam dan gula untuk rasa {sy tambahkan 1 kiub ayam}
9.masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.
Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
10.**Sambal belacan**
11.mesinkan semua bahan dan hidangkan
12.SELAMAT MENCUBA

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Bismillah...

Selamat Hari Guru kepada long Abu Ulwan, akak ipar - Mahimun Sardi, Yati Selamat, Siti Azfa Hazirah, abg ipar Asri Md Noor, anak sedara bakal cikgu Sufy Asrar, sedara mara, kawan2 cikgu dan guru2 di SKSR & SDARA, Cikgu @Hanafi Jasman. Jasamu dikenang. - status aku di fb hari ni sempena hari guru.

Malam tadi start buat apam dot-dot dan packing untuk bagi cikgu aidi, ada 9 orang di sekolah pagi, 1 di tahfiz.

2 pcs each, cupcakes size. konon nak buat yg saiz almond london tu, tp casing takde yg rata, casing ni khas utk cupcakes 2 pcs. 10 package semuanya, 2 pcs each beserta tag.


Apam Dot..Dot (resepi dari Kongsi Resepi)

BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu cair... (boleh diganti dengan 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu tepung)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka


CARANYA:
-pukul gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim putih.
-masukkan tepung berselang seli dngn susu segar.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.

NOTA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...